Mawquf

30/06/2024

minit bacaan



Galian yang hampir dengan al-Hijaz

Teks Bahasa Arab

تخرجُ معادنٌ مختلفةٌ: معدنٌ منها قريبٌ من الحجازِ، يأتيه من شرارِ الناسِ يقال له: فرعونُ، فبينما هم يعملون فيه إذ حَسَرَ عن الذهبِ؛ فأعجبَهم معتملَه، إذ خُسِفَ به وبهم.

Teks Bahasa Melayu

Pelbagai galian (mineral) akan keluar, antaranya: Galian yang hampir dengan al-Hijaz, daripada sejahat-jahat manusia yang dipanggil Fir'aun akan mendatanginya. Ketika mereka sedang melakukan tugasan, tiba-tiba emas terzahir, pekerjanya membuatkan mereka takjub, secara tiba-tiba ia (galian) dan mereka ditelan bumi.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Mawquf

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1378 - 1379, hadis no. 7016. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موقوف ضعيف) عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما، قال: تخرج معادن مختلفة: معدن منها قريب من الحجاز، يأتيه من شرار الناس يقال له: فرعون، فبينما هم يعملون فيه إذ حسر عن الذهب؛ فأعجبهم معتمله، إذ خسف به وبهم. [ك، ((الضعيفة)) (6141)]

(Mawquf lemah) Daripada 'Abdillah bin 'Amr RA, katanya: Pelbagai galian (mineral) akan keluar, antaranya: Galian yang hampir dengan al-Hijaz, daripada sejahat-jahat manusia yang dipanggil Fir'aun akan mendatanginya. Ketika mereka sedang melakukan tugasan, tiba-tiba emas terzahir, pekerjanya membuatkan mereka takjub, secara tiba-tiba ia (galian) dan mereka ditelan bumi. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6141]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.