Fudaik keluar untuk bertemu Rasulullah SAW

TEKS BAHASA ARAB

خرج فديك إلى النبي فقال: إنهم يزعمون أنه من لم يهاجر هلك؟ فقال: يا فديك! أقم الصلاة، وآت الزكاة، واهجر السّوء، واسكن من أرض قومك حيث شئت، تكن مهاجرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Fudaik keluar untuk bertemu Rasulullah SAW kemudian beliau bertanya Baginda: Mereka mendakwa bahawa sesiapa yang tidak berhijrah maka dia pasti binasa. Kemudian Baginda bersabda: Wahai Fudaik! Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, tinggalkan keburukan, dan menetaplah di mana sahaja tempat yang kamu hendak di atas muka bumi ini bersama kaum kamu, engkau sudah dikira sebagai seorang yang berhijrah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1025-1026, hadis nombor 5266. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن صالح بن بشير بن فديك قال: خرج فديك إلى النبي فقال: إنهم يزعمون أنه من لم يهاجر هلك؟ فقال: يا فديك! أقم الصلاة وآت الزكاة واهجر السّوء واسكن من أرض قومك حيث شئت تكن مهاجرا. [تخ، الطحاوي في المشكل، حب، هق، طب، طس، ابن عساكر، الضعيفة (٦٣٠٠)]

(Lemah) Daripada Salih bin Bashir bin Fudaik, beliau berkata: Fudaik keluar untuk bertemu Rasulullah SAW kemudian beliau bertanya Baginda: Mereka mendakwa bahawa sesiapa yang tidak berhijrah maka dia pasti binasa. Kemudian Baginda bersabda: Wahai Fudaik! Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, tinggalkan keburukan, dan menetaplah di mana sahaja tempat yang kamu hendak di atas muka bumi ini bersama kaum kamu, engkau sudah dikira sebagai seorang yang berhijrah. [Riwayat al-Bukhari di dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Tahawi di dalam al-Mushkil, Ibn Hibban di dalam Sahih Ibn Hibban, al-Bayhaqi di dalam al-Sunan al-Kubra, al-Tabrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Tabrani di dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn ‘Asakir di dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6300]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs