Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خرج فُديكٌ إلى النبي فقال : إنَّهُم يَزعمونَ أنه من لم يُهاجرْ هلكَ. فقال : يا فديكُ! أقمِ الصلاةَ وآتِ الزكاةَ واهجرِ السوءَ واسكنْ من أرضِ قومِكَ حيثُ شئْتَ تكنْ مُهاجرًا .
Teks Bahasa Melayu
Fudaik keluar untuk bertemu Rasulullah SAW kemudian beliau bertanya Baginda: Mereka mendakwa bahawa sesiapa yang tidak berhijrah maka dia pasti binasa. Kemudian Baginda bersabda: Wahai Fudaik! Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, tinggalkan keburukan, dan menetaplah di mana sahaja tempat yang kamu hendak di atas muka bumi ini bersama kaum kamu, engkau sudah dikira sebagai seorang yang berhijrah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1025-1026, hadis no. 5266. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن صالح بن بشير بن فديك قال: خرج فديك إلى النبي فقال: إنهم يزعمون أنه من لم يهاجر هلك؟ فقال: يا فديك! أقم الصلاة وآت الزكاة واهجر السّوء واسكن من أرض قومك حيث شئت تكن مهاجرا. [تخ، الطحاوي في المشكل، حب، هق، طب، طس، ابن عساكر، الضعيفة (٦٣٠٠)]
(Lemah) Daripada Salih bin Bashir bin Fudaik, beliau berkata: Fudaik keluar untuk bertemu Rasulullah SAW kemudian beliau bertanya Baginda: Mereka mendakwa bahawa sesiapa yang tidak berhijrah maka dia pasti binasa. Kemudian Baginda bersabda: Wahai Fudaik! Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, tinggalkan keburukan, dan menetaplah di mana sahaja tempat yang kamu hendak di atas muka bumi ini bersama kaum kamu, engkau sudah dikira sebagai seorang yang berhijrah. [Riwayat al-Bukhari di dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Tahawi di dalam al-Mushkil, Ibn Hibban di dalam Sahih Ibn Hibban, al-Bayhaqi di dalam al-Sunan al-Kubra, al-Tabrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Tabrani di dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn ‘Asakir di dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6300]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman