Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّها ستكونُ فتنةٌ تستنظِفُ العربَ، قتْلاها في النارِ، اللسانُ فيها أشدُّ مِنْ وقْعِ السيفِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya akan berlaku fitnah (bencana) yang akan membersihkan golongan Arab, pembunuh-pembunuh mereka berada dalam neraka, keadaan lidah di dalamnya (fitnah) lebih teruk berbanding lidah yang terkena hentakan pedang.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1329, hadis no. 6787. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abdullah bin 'Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya akan berlaku fitnah (bencana) yang akan membersihkan golongan Arab, pembunuh-pembunuh mereka berada dalam neraka, keadaan lidah di dalamnya (fitnah) lebih teruk berbanding lidah yang terkena hentakan pedang. [Riwayat Abī Dāwud dalam al-Sunan, al-Tirmiẓī dalam al-Sunan, Ibn Mājah dalam al-Sunan, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3229]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman