Fitnah itu dihantar bersama-sama hawa nafsu

TEKS BAHASA ARAB

إن الفتنة ترسل، ويرسل معها الهوى، فمن اتبع الهوى كانت قبلته سوداء، ومن اتبع الصبر كانت قبلته بيضاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya fitnah itu dihantar, dan turut bersamanya adalah hawa nafsu. Oleh itu, sesiapa yang menuruti hawa nafsu, maka di hadapannya adalah kegelapan dan sesiapa yang bersabar, maka dihadapannya adalah kecerahan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1328, hadis nombor 6782. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي مالك الأشعري رضي الله عنه مرفوعا: إن الفتنة ترسل، ويرسل معها الهوى، فمن اتبع الهوى كانت قبلته سوداء، ومن اتبع الصبر كانت قبلته بيضاء.
[طب، وفي ((مسند الشاميين))، ابن منده، ((الضعيفة)) (3031)]

(Munkar)
Daripada Abu Malik al-Ash’ari RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya fitnah itu dihantar, dan turut bersamanya adalah hawa nafsu. Oleh itu, sesiapa yang menuruti hawa nafsu, maka di hadapannya adalah kegelapan dan sesiapa yang bersabar, maka dihadapannya adalah kecerahan.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, dan dalam Musnaf al-Shamiyyin, Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3031]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.