Fitnah-fitnah akan berlaku menyebabkan seseorang itu beriman pada waktu pagi dan menjadi kafir pada waktu petang

TEKS BAHASA ARAB

ستكون فتن؛ يصبح الرجل فيها مؤمنا، ويمسي كافرا؛ إلا من أحياه الله بالعلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Fitnah-fitnah akan berlaku menyebabkan seseorang itu beriman pada waktu pagi dan menjadi kafir pada waktu petang, kecuali orang yang Allah hidupkannya dengan ilmu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1267, hadis nombor 6477. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدّا)
عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ستكون فتن؛ يصبح الرجل فيها مؤمناً، ويسمي كافراً؛ إلا من أحياه الله بالعلم.
[هـ، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3696)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Umamah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Fitnah-fitnah akan berlaku menyebabkan seseorang itu beriman pada waktu pagi dan menjadi kafir pada waktu petang, kecuali orang yang Allah hidupkannya dengan ilmu.
[Riwayat Ibn Majah, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3696]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs