Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ستكونُ فتنٌ؛ يُصبح الرجلُ فيها مؤمناً، ويُمسِي كافراً؛ إلا مَنْ أحياهُ الله بالعلمِ.
Teks Bahasa Melayu
Fitnah-fitnah akan berlaku menyebabkan seseorang itu beriman pada waktu pagi dan menjadi kafir pada waktu petang, kecuali orang yang Allah hidupkannya dengan ilmu.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1267, hadis no. 6477. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدّا) عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ستكون فتن؛ يصبح الرجل فيها مؤمناً، ويسمي كافراً؛ إلا من أحياه الله بالعلم. [هـ، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3696)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Umamah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Fitnah-fitnah akan berlaku menyebabkan seseorang itu beriman pada waktu pagi dan menjadi kafir pada waktu petang, kecuali orang yang Allah hidupkannya dengan ilmu. [Riwayat Ibn Majah, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3696]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman