Fitnah (bencana) yang akan berlaku antara penduduk Timur dan Barat

TEKS BAHASA ARAB

ذكر حذيفة بن اليمان رضي الله عنه فتنة تكون بين أهل المشرق والمغرب، قال: فبينما هم كذلك، إذ خرج عليهم السفياني من الوادي اليابس في فورة ذلك، حتى ينزل دمشق، فيبعث جيشين؛ جيشًا إلى المشرق، وجيشًا إلى المدينة، حتى ينزلوا بأرض بابل في المدينة الملعونة والبقعة الخبيثة، فيقتلون أكثر من ثلاثة آلاف، ويبقرون بها أكثر من مائة امرأة، ويقتلون بها ثلاث مئة كبش من بني العباس، ثم ينحدرون إلى الكوفة فيخربون ما حولها، ثم يخرجون متوجهين إلى الشأم، فتخرج راية هذا من الكوفة فتلحق ذلك الجيش منها على الفئتين، فيقتلونهم لا يفلت منهم مخبر، ويستنقذون ما في أيديهم من السبي والغنائم، ويخلي جيشه التالي بالمدينة، فينهبونها ثلاثة أيام ولياليها، ثم يخرجون متوجهين إلى مكة، حتى إذا كانوا بالبيداء، بعث الله جبريل، فيقول: يا جبرائيل! اذهب فأبدهم، فيضربها برجله ضربة يخسف الله بهم، فذلك قوله في سورة سبأ [51]: {وَلَوْ تَرَىٰ إِذْ فَزِعُوا فَلَا فَوْتَ … } الآية، ولا ينفلت منهم إلا رجلان؛ أحدهما بشير والآخر نذير، وهما من جهينة، فلذلك جاء القول: وعند جهينة الخبر اليقين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Huzaifah bin al-Yaman telah menyebutkan berkenaan satu fitnah (bencana) yang akan berlaku antara penduduk timur dan barat, katanya: Ketika mereka dalam keadaan tersebut; Tiba-tiba al-Sufyani keluar menentang mereka daripada lembah yang kering di lingkungan tersebut, hinggalah dia turun ke Dimashq, lalu dia mengutuskan dua tentera; Satu tentera ke Timur dan satu lagi ke Madinah hingga mereka sampai di bumi Babil di bandar yang dilaknat dan tempat yang keji (buruk), mereka membunuh lebih 3000 orang dan mengorek (membelah) perut lebih 100 wanita, mereka membunuh 300 biri-biri milik Bani al-‘Abbas. Kemudian mereka mundur ke Kufah, lalu mereka memusnahkan apa yang ada di sekelilingnya. Kemudian mereka keluar pula menuju ke Syam, lalu keluarlah panji ini daripada Kufah dan bergabung dengan sebahagian tentera tersebut hingga menjadi dua kelompok. Lalu mereka (golongan pemegang panji) membunuh mereka (kelompok yang lain) dan tidak meninggalkan pemberita dalam kalangan mereka dan menyelamatkan tahanan-tahanan dan harta-harta rampasan yang ada pada tangan mereka. Tentera al-Sufyani yang satu lagi meninggalkan Madinah, mereka merampasnya selama tiga hari tiga malam. Kemudian mereka keluar menuju ke Mekah, hingga apabila mereka sampai di satu padang pasir, Allah mengutuskan Jibril, Allah berfirman: Wahai Jibril! Pergilah lalu musnahkan mereka, lalu Jibril pun memukulnya dengan satu pukulan menggunakan kakinya, Allah tenggelamkan mereka. Oleh itu, firmanNya dalam surah Saba’ ayat 51: {Dan (alangkah ngerinya) jika engkau melihat mereka (orang-orang kafir) ketika terperanjat ketakutan, lalu mereka tidak dapat melepaskan diri dan mereka ditangkap daripada tempat yang dekat…}. Dan tidak terlepas daripada mereka melainkan dua orang; Salah seorangnya pembawa berita gembira dan salah satu lagipembawa berita peringatan. Kedua-dua mereka daripada Juhainah. Oleh kerana itulah adanya kata-kata pepatah: Juhainah mempunyai berita yang menyakinkan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1389 – 1390, hadis nombor 7056. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
ربعي بن حراش، قال: ذكر حذيفة بن اليمان رضي الله عنه فتنة تكون بين أهل المشرق والمغرب، قال: فبينما هم كذلك، إذ خرج عليهم السفياني من الوادي اليابس في فورة ذلك، حتى ينزل دمشق، فيبعث جيشين؛ جيشًا إلى المشرق، وجيشا إلى المدينة، حتى ينزلوا بأرض بابل في المدينة الملعونة والبقعة الخبيثة، فيقتلون أكثر من ثلاثة آلاف، ويبقرون بها أكثر من مائة امرأة، ويقتلون بها ثلاث مئة كبش من بني العباس، ثم ينحدرون إلى الكوفة فيخربون ما حولها، ثم يخرجون متوجهين إلى الشأم، فتخرج راية هذا من الكوفة فتلحق ذلك الجيش منها على الفئتين، فيقتلونهم لا يفلت منهم مخبر، ويستنقذون ما في أيديهم من السبي والغنائم، ويخلي جيشه التالي بالمدينة، فينهبونها ثلاثة أيام ولياليها، ثم يخرجون متوجهين إلى مكة، حتى إذا كانوا بالبيداء، بعث الله جبريل، فيقول: يا جبرائيل! اذهب فأبدهم، فيضربها برجله ضربة يخسف الله بهم، فذلك قوله في سورة سبأ [51]: {وَلَوْ تَرَىٰ إِذْ فَزِعُوا فَلَا فَوْتَ … } الآية، ولا ينفلت منهم إلا رجلان؛ أحدهما بشير والآخر نذير، وهما من جهينة، فلذلك جاء القول: وعند جهينة الخبر اليقين.
[طب، ((الضعيفة)) (6552)]

(Palsu)
Daripada Rib’ie bin Harrash, katanya: Huzaifah bin al-Yaman telah menyebutkan berkenaan satu fitnah (bencana) yang akan berlaku antara penduduk timur dan barat, katanya: Ketika mereka dalam keadaan tersebut; Tiba-tiba al-Sufyani keluar menentang mereka daripada lembah yang kering di lingkungan tersebut, hinggalah dia turun ke Dimashq, lalu dia mengutuskan dua tentera; Satu tentera ke Timur dan satu lagi ke Madinah hingga mereka sampai di bumi Babil di bandar yang dilaknat dan tempat yang keji (buruk), mereka membunuh lebih 3000 orang dan mengorek (membelah) perut lebih 100 wanita, mereka membunuh 300 biri-biri milik Bani al-‘Abbas. Kemudian mereka mundur ke Kufah, lalu mereka memusnahkan apa yang ada di sekelilingnya. Kemudian mereka keluar pula menuju ke Syam, lalu keluarlah panji ini daripada Kufah dan bergabung dengan sebahagian tentera tersebut hingga menjadi dua kelompok. Lalu mereka (golongan pemegang panji) membunuh mereka (kelompok yang lain) dan tidak meninggalkan pemberita dalam kalangan mereka dan menyelamatkan tahanan-tahanan dan harta-harta rampasan yang ada pada tangan mereka. Tentera al-Sufyani yang satu lagi meninggalkan Madinah, mereka merampasnya selama tiga hari tiga malam. Kemudian mereka keluar menuju ke Mekah, hingga apabila mereka sampai di satu padang pasir, Allah mengutuskan Jibril, Allah berfirman: Wahai Jibril! Pergilah lalu musnahkan mereka, lalu Jibril pun memukulnya dengan satu pukulan menggunakan kakinya, Allah tenggelamkan mereka. Oleh itu, firmanNya dalam surah Saba’ ayat 51: {Dan (alangkah ngerinya) jika engkau melihat mereka (orang-orang kafir) ketika terperanjat ketakutan, lalu mereka tidak dapat melepaskan diri dan mereka ditangkap daripada tempat yang dekat…}. Dan tidak terlepas daripada mereka melainkan dua orang; Salah seorangnya pembawa berita gembira dan salah satu lagipembawa berita peringatan. Kedua-dua mereka daripada Juhainah. Oleh kerana itulah adanya kata-kata pepatah: Juhainah mempunyai berita yang menyakinkan.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6552]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs