Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Fitnah (bencana) pada akhir zaman akan menampakka orang-orang munafik

Teks Bahasa Arab

لا تَكرَهوا الفتنةَ في آخرِ الزَّمانِ؛ فإنَّها تُبيرُ المنافقينَ.

Teks Bahasa Melayu

Janganlah kamu membenci fitnah (bencana) pada akhir zaman kerana ia akan membongkarkan (menampakkan) orang-orang munafik.

Sahabat Perawi

  1. Ali bin Abi Talib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1371 - 1372, hadis no. 6988. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: لا تكرهوا الفتنة في آخر الزمان؛ فإنها تبير المنافقين. [أبو الشيخ في ((طبقات الأصبهانيين))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ((الضعيفة)) (5835)]

(Munkar) Daripada 'Ali RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu membenci fitnah (bencana) pada akhir zaman kerana ia akan membongkarkan (menampakkan) orang-orang munafik. [Riwayat Abu al-Sheikh dalam Tabaqat al-Asbahaniyyin, Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5835]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.