Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إيَّاكُم والفتنَ، فإنَّ اللِّسانِ فيها مثل وقعِ السَّيفِ.
Teks Bahasa Melayu
Berwaspadalah kamu terhadap fitnah-fitnah kerana lidah pada waktu itu seperti libasan pedang.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1321, hadis no. 6744. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: إياكم والفتن، فإن اللسان فيها مثل وقع السيف. [هـ، ((الضعيفة)) (2479)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibn 'Umar RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Berwaspadalah kamu terhadap fitnah-fitnah kerana lidah pada waktu itu seperti libasan pedang. [Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2479].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman