Fitnah (azab) kubur padaku (soalan tentangku), apabila ditanya mereka tentangku maka janganlah kamu syak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

فتنة القبر في، فإذا سئلتم عني فلا تشكوا

TEKS BAHASA MALAYSIA

Fitnah (azab) kubur padaku (soalan tentangku), apabila ditanya mereka tentangku maka janganlah kamu syak.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1742, hadis nombor 8773. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((فتنة القبر في، فإذا سئلتم عني فلا تشكوا.)) [ك، ((الضعيفة)) (4001)]

(Sangat Lemah)
Daripada A’ishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Fitnah (azab) kubur padaku (soalan tentangku), apabila ditanya mereka tentangku maka janganlah kamu syak.))
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4001].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.