Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Fitnah akan berterusan sehinggalah keluar al-Mahdi

Teks Bahasa Arab

ستكونُ فتنةٌ لا يهدأُ منها جانبٌ إلا جَاشَ منها جانبٌ حتى يُنادِي منادٍ من السماءِ: إنَّ أميرَكم فلانٌ.

Teks Bahasa Melayu

Akan timbul fitnah yang mana belum selesai yang satu, terbit pula yang baharu (fitnah-fitnah berterusan timbul), sehinggalah kedengaran suara dari langit menyeru: Sesungguhnya pemimpin kalian adalah si fulan.

Sahabat Perawi

  1. Talhah bin Ubaidillah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 857, hadis no. 4384. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن طلحة بن عبيد الله -رضي الله عنه- عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((ستكون فتنة، لا يهدأ منها جانب، إلا جاش منها جانب، حتى ينادي مناد من السماء: إن أميركم فلان)). [طس، ((الضعيفة)) (6601)].

(Lemah) Daripada Talhah bin Ubaidillah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Akan timbul fitnah yang mana belum selesai yang satu, terbit pula yang baharu (fitnah-fitnah berterusan timbul), sehinggalah kedengaran suara dari langit menyeru: Sesungguhnya pemimpin kalian adalah si fulan.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6601].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.