Firman Allah SWT: Seandainya seorang lelaki ingin melakukan keburukan padanya (iaitu: Masjid al-Haram)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

في قول الله: {ومن يرد فيه بِإِلحاد بِظلم نذقه من عذاب ألِيم} قال: لو أن رجلا هم فيه (يعني: المسجد الحرام) بسيئة وهو بـ (عدن أبين)، لأذاقه الله عذابا أليما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Firman Allah SWT: {Sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang dilarang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.} (Al-Haj: 25) Baginda bersabda: Seandainya seorang lelaki ingin melakukan keburukan padanya (iaitu: masjid al-Haram) dan dia berada di ‘Adn Abyan, maka Allah akan menimpakan azab yang pedih ke atasnya.

STATUS

Shaz secara marfu’, Sahih secara mawquf

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1961, hadis nombor 9810. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ مرفوع، صحيح موقوف)
عن عبد الله ابن مسعود – رضي الله عنه – قال: في قول الله: {ومن يرد فيه بِإِلحاد بِظلم نذقه من عذاب ألِيم} قال: لو أن رجلا هم فيه (يعني: المسجد الحرام) بسيئة وهو بـ (عدن أبين)، لأذاقه الله عذابا أليما.
[حم، البزار، ع، ك، ابن جرير، ((الضعيفة)) (6571)]

(Shaz secara marfu’, Sahih secara mawquf)
Daripada Abdullah bin Mas‘ud RA, pada firman Allah SWT: {Sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang dilarang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.} (Al-Haj: 25) Baginda bersabda: Seandainya seorang lelaki ingin melakukan keburukan padanya (iaitu: masjid al-Haram) dan dia berada di ‘Adn Abyan, maka Allah akan menimpakan azab yang pedih ke atasnya.
[Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, Abu Ya’la dalam Musnadnya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Bazzar dan Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6571]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.