Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فاطمةُ أحبُّ إليَّ منكَ، وأنتَ أعزُّ عليَّ مِنها.
Teks Bahasa Melayu
Fāṭimah lebih aku cintai berbanding kamu, dan kamu lebih kuat dan mulia bagiku berbanding dia (Fāṭimah).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1844-1845, hadis no. 9306. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada seorang lelaki, dia berkata: Aku telah mendengar ‘Alī RA di atas mimbar di Kufah, beliau berkata: Aku telah meminang anak Rasulullah SAW (iaitu Fāṭimah AS), lalu baginda menikahkan aku (dengan Fāṭimah). Maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! Aku lebih dicintai kamu ataupun dia (Fāṭimah)? Baginda menjawab: Fāṭimah lebih aku cintai berbanding kamu, dan kamu lebih kuat dan mulia bagiku berbanding dia (Fāṭimah). [Riwayat al-Nasā`ī dalam kitab Khaṣā`iṣ ‘Alī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4000]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman