Fatimah Binti Rasulullah SAW telah datang kepada baginda dengan membawa sepotong roti

TEKS BAHASA ARAB

أن فاطمة بنت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – جاءت بكسرة خبز إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقال: ((ما هذا الكسرة؟!)). قالت: قرص خبزته. فلم تطب نفسي حتى أتيتك بهذه الكسرة، قال: ((أما إنه أول طعام دخل بطن أبيك منذ ثلاثة أيام)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Fatimah Binti Rasulullah SAW telah datang kepada baginda dengan membawa sepotong roti. Baginda SAW pun bertanya: “Apakah potongan ini?” Fatimah menjawab: "Sepotong roti yang aku telah bakar. Aku rasa tidak senang hati sehinggalah aku membawakan kepada engkau sepotong roti ini. Baginda pun membalas: “Itu (roti) ialah makanan pertama yang masuk ke dalam perut ayahmu ini sejak 3 hari yang lalu.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1860, hadis nombor 9384. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: أن فاطمة بنت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – جاءت بكسرة خبز إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقال: ((ما هذا الكسرة؟!)). قالت: قرص خبزته. فلم تطب نفسي حتى أتيتك بهذه الكسرة، قال: ((أما إنه أول طعام دخل بطن أبيك منذ ثلاثة أيام)). [ابن أبي الدنيا في ((الجوع))، طب، أبو الشيخ في ((أخلاق النبي صلى الله عليه وسلم))، هب، ((الضعيفة)) (4873)]

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Sesungguhnya Fatimah Binti Rasulullah SAW telah datang kepada baginda dengan membawa sepotong roti. Baginda SAW pun bertanya: “Apakah potongan ini?” Fatimah menjawab: "Sepotong roti yang aku telah bakar. Aku rasa tidak senang hati sehinggalah aku membawakan kepada engkau sepotong roti ini. Baginda pun membalas: “Itu (roti) ialah makanan pertama yang masuk ke dalam perut ayahmu ini sejak 3 hari yang lalu.” [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Ju’, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Abu al-Syeikh dalam Akhlak Nabi SAW dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4873]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs