Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أن فاطمة بنت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - جاءت بكسرة خبز إلى رسول الله - صلى الله عليه وسلم -، فقال: ((ما هذا الكسرة؟!)). قالت: قرص خبزته. فلم تطب نفسي حتى أتيتك بهذه الكسرة، قال: ((أما إنهُ أولُ طعامٍ دخل بطنَ أبيك منذُ ثلاثةَ أيامٍ)).
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Fatimah Binti Rasulullah SAW telah datang kepada baginda dengan membawa sepotong roti. Baginda SAW pun bertanya: “Apakah potongan ini?” Fatimah menjawab: "Sepotong roti yang aku telah bakar. Aku rasa tidak senang hati sehinggalah aku membawakan kepada engkau sepotong roti ini. Baginda pun membalas: “Itu (roti) ialah makanan pertama yang masuk ke dalam perut ayahmu ini sejak 3 hari yang lalu.”
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1860, hadis no. 9384. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Sesungguhnya Fatimah Binti Rasulullah SAW telah datang kepada baginda dengan membawa sepotong roti. Baginda SAW pun bertanya: “Apakah potongan ini?” Fatimah menjawab: "Sepotong roti yang aku telah bakar. Aku rasa tidak senang hati sehinggalah aku membawakan kepada engkau sepotong roti ini. Baginda pun membalas: “Itu (roti) ialah makanan pertama yang masuk ke dalam perut ayahmu ini sejak 3 hari yang lalu.” [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Ju’, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Abu al-Syeikh dalam Akhlak Nabi SAW dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4873]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman