Dikatakan tiada asal baginya atau dengan asalnya palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: فَاتِحَة الْكتاب شِفَاء من كل دَاء.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Fatihatul kitab adalah penawar bagi setiap penyakit.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Dikatakan tiada asal baginya atau dengan asalnya palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 229, hadis no. 734. Dalam mukadimahnya beliau mengatakan bahawa beliau meringkaskan himpunan hadis-hadis yang "dikatakan tiada asal baginya atau dengan asalnya palsu". Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حَدِيث: يس لما قُرِئت لَهُ. قَالَ السخاوي: لَا أصل لَهُ بِهَذَا اللَّفْظ، وَهُوَ بَين جمَاعَة الشَّيْخ إِسْمَاعِيل الجبرتي بِالْيمن قَطْعِيّ للتجربة. وَأما حَدِيث: الْفَاتِحَة لما قَرَأت لَهُ. فَعَزاهُ الزَّرْكَشِيّ للبيهقي فِي الشّعب، وَتعقبه السُّيُوطِيّ بِأَنَّهُ لَا وجود لَهُ فِي الشّعب. وَإِنَّمَا الْمَوْجُود: فَاتِحَة الْكتاب شِفَاء من كل دَاء، وَأخرج أَبُو الشَّيْخ فِي كتاب الثَّوَاب عَن عَطاء قَالَ: إِذا أردْت حَاجَة فاقرأ فَاتِحَة الْكتاب حَتَّى تختمها تقضى إِن شَاءَ الله تَعَالَى.
Hadith: “Surah Yasin bagi apa yang dibaca untuknya (dimakbulkan)”. Al-Sakhawi berkata: Tiada asalnya dengan lafaz ini. Namun di sisi pengikut Syeikh Ismail al-Jibrati ia adalah qat’i kerana terbukti. Manakala Hadith: Surah Al-Fatihah bagi apa yang dibaca untuknya (dimakbulkan). Al-Zarkasyi menyatakan ia diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam kitab al-Syu’ab, al-Suyuti menguatkan bahawa hadith ini tidak wujud di dalam kitab al-Syu’ab. Yang ada ialah: “Fatihatul kitab adalah penawar bagi setiap penyakit.” Abu Syeikh meriwayatkan dalam kitab al-Thawab daripada ‘Ata’: Apabila engkau menginginkan sesuatu hajat, maka bacalah al-Fatihah sehingga khatam, in sha Allah hajat itu akan tercapai.”
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman