Fakta: Tempat yang dikenali sebagai perkuburan Al-Husayn di Kaherah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

المكان المعروف بالمشهد الحسيني بالقاهرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tempat yang dikenali sebagai Mashhad al-Husayni (perkuburan al-Husayn bin ‘Ali bin Abi Talib) di Kaherah.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Fakta ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 229, hadis nombor 430. Berikut adalah komentar beliau terhadap fakta ini:

ليس الحسين مدفونا فيه بالاتفاق، وإنما فيه رأسه، فيما ذكره بعض المصريين، ونفاه بعضهم. قال شيخنا: ومنهم التقي بن تيمية فقد رأيت له جوابا بالغ في إنكار ذلك وأطال فيه.

Bukan al-Husayn yang dikebumikan dalamnya seperti yang disepakati. Akan tetapi didalamnya terdapat kepalanya, seperti yang disebutkan oleh sebahagian penduduk Mesir, dan ia dinafikan oleh sebahagian daripada mereka. Antara mereka ialah al-Taqi bin Taymiyah. Aku telah melihat jawapan yang jelas dalam membantah perkara tersebut dengan panjang lebar.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.