Fakta: Kubur yang dinisbahkan kepada Ibn Umar dari bukit yang terletak di Ma’lah

TEKS BAHASA ARAB

المكان المنسوب لابن عمر من الجبل الذي بالمعلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tempat yang dinisbahkan kepada Ibn Umar dari bukit yang terletak di Ma’lah (perkuburan Ma’lah di Mekah).

STATUS

Tidak Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 228, hadis nombor 427. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا يصح من وجه وإن اتفقوا على أنه توفي بمكة.

Tidak sahih dari satu aspek walaupun mereka sepakat bahawa beliau wafat di Mekah.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs