Tiada asal

30/06/2024

minit bacaan



Fakta: Kubur yang dinisbahkan kepada Abu Hurairah di Asqalan

Teks Bahasa Arab

الْمَكَانُ الْمَنْسُوبُ لأَبِي هُرَيْرَةَ بِعَسْقَلانَ.

Teks Bahasa Melayu

Tempat (kubur) yang dinisbahkan kepada Abu Hurairah di Asqalan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Tiada asal

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 229, hadis no. 429. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

إنما هو قبر جندرة بن خيشنة. كما جزم به بعض الحفاظ الشاميين، ولكن قد جزم ابن حبان- وتبعه شيخنا- بالأول.

Sebenarnya ia adalah kubur Jandarah bin Khayshanah. Seperti yang ditegaskan oleh sebahagian huffaz penduduk Syam. Akan tetapi Ibn Hibban dan diikuti oleh guru, kami menegaskan pendapat pertama.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.