TEKS BAHASA ARAB
لا تكون زاهدا؛ حتى تكون متواضعا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Engkau tidak akan menjadi seorang yang zuhud sehingga engkau menjadi seorang yang tawaduk (terlebih dahulu).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 624, hadis nombor 3247. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: ((لا تكون زاهداً؛ حتى تكون متواضعاً)). [حل، طب، عد، ((الضعيفة)) (4791)].
(Lemah)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Engkau tidak akan menjadi seorang yang zuhud sehingga engkau menjadi seorang yang tawaduk (terlebih dahulu)."
[Riwayat Abu Nuaym dalam al-Hilyah, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, dan Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4791].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.