Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا تَكُونُ زَاهِداً؛ حَتَى تَكُونَ مُتَواضِعاً.
Teks Bahasa Melayu
Engkau tidak akan menjadi seorang yang zuhud sehingga engkau menjadi seorang yang tawaduk (terlebih dahulu).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 624, hadis no. 3247. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود - رضي الله عنه - مرفوعا: ((لا تكون زاهداً؛ حتى تكون متواضعاً)). [حل، طب، عد، ((الضعيفة)) (4791)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Engkau tidak akan menjadi seorang yang zuhud sehingga engkau menjadi seorang yang tawaduk (terlebih dahulu)." [Riwayat Abu Nuaym dalam al-Hilyah, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, dan Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4791].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman