Engkau rezekikan kepadaku al-Quran dan ilmu

TEKS BAHASA ARAB

قل: اللهم! إني أسألك بمحمد نبيك، وإبراهيم خليلك، وموسى نجيك، وعيسى روحك وكلمتك، وبكتاب موسى، وإنجيل عيسى، وزبور داود، وفرقان محمد، وبكل وحي أوحيته، أو قضاء قضيته، أو سائل أعطيته…- الحديث؛ وفيه:- أن ترزقني القرآن والعلم..

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ucapkanlah: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dengan Muhammad Nabi-Mu, Ibrahim Khalil-Mu, Musa yang diselamatkan-Mu, Isa Ruh-Mu dan kalimah-Mu, dengan Kitab Musa, Injil Isa, Zabur Dawud, Furqan Muhammad serta dengan setiap wahyu yang telah Engkau wahyukan atau setiap keputusan yang telah Engkau putuskan mahupun setiap permintaan yang telah Engkau berikan…. (di dalamnya menyebutkan): Agar Engkau rezekikan kepadaku al-Quran dan ilmu…

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1291, hadis nombor 6608. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن هارون بن عنترة، قال: إن أبا بكر أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: إني أتعلم القرآن فينفلت مني؛ فقال: قل: اَللَّهُمَّ! إني أسألك بمحمد نبيك، وإبراهيم خليلك، وموسى نجيك، وعيسى روحك وكلمتك، وبكتاب موسى، وإنجيل عيسى، وزبور دَاوِد، وفرقان محمد، وبكل وحي أوحيته، أو قَضَاء قضيته، أو سَائِل أعطيته… – الحديث؛ وفيه:- أن ترزقني اَلْقُرْآن والعلم…، الحديث.
[فر، ((الضعيفة)) (5987)].

(Palsu)
Daripada Harun bin ‘Antarah, katanya: Sesungguhnya Abu Bakar telah datang menemui Nabi SAW, lalu beliau mengadu: Sesungguhnya aku telah mempelajari al-Qur’an namun ia luput daripadaku. Baginda pun bersabda: Ucapkanlah: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dengan Muhammad Nabi-Mu, Ibrahim Khalil-Mu, Musa yang diselamatkan-Mu, Isa Ruh-Mu dan kalimah-Mu, dengan Kitab Musa, Injil Isa, Zabur Dawud, Furqan Muhammad serta dengan setiap wahyu yang telah Engkau wahyukan atau setiap keputusan yang telah Engkau putuskan mahupun setiap permintaan yang telah Engkau berikan…. (di dalamnya menyebutkan): Agar Engkau rezekikan kepadaku al-Quran dan ilmu…
[Riwayat al-Daylami dalam al-Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5987].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs