Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قلِ: اللَّهمَّ! إِنِّي أَسْأَلُكَ بِمُحَمَّدٍ نَبِيِّكَ، وَإِبْرَاهِيمَ خَلِيلِكَ، وَمُوسَى نَجِيِّكَ، وَعِيسَى رُوحِكَ وَكَلِمَتِكَ، وَبِكِتَابِ مُوسَى، وَإِنْجِيلِ عِيسَى، وَزَبُورِ دَاوُدَ، وَفُرْقَانِ مُحَمَّدٍ، وَبِكُلِّ وَحْيٍ أَوْحَيْتَهُ، أَوْ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ، أَوْ سَائِلٍ أَعْطَيْتَهُ...– الحديثَ ؛ وفيهِ:- أَنْ تَرْزُقَنِي الْقُرْآنَ وَالْعِلمَ...
Teks Bahasa Melayu
Ucapkanlah: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dengan Muhammad Nabi-Mu, Ibrahim Khalil-Mu, Musa yang diselamatkan-Mu, Isa Ruh-Mu dan kalimah-Mu, dengan Kitab Musa, Injil Isa, Zabur Dawud, Furqan Muhammad serta dengan setiap wahyu yang telah Engkau wahyukan atau setiap keputusan yang telah Engkau putuskan mahupun setiap permintaan yang telah Engkau berikan.... (di dalamnya menyebutkan): Agar Engkau rezekikan kepadaku al-Quran dan ilmu...
Sahabat Perawi
- Abu Bakar al-Siddiq RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1291, hadis no. 6608. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن هارون بن عنترة، قال: إن أبا بكر أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: إني أتعلم القرآن فينفلت مني؛ فقال: قل: اَللَّهُمَّ! إني أسألك بمحمد نبيك، وإبراهيم خليلك، وموسى نجيك، وعيسى روحك وكلمتك، وبكتاب موسى، وإنجيل عيسى، وزبور دَاوِد، وفرقان محمد، وبكل وحي أوحيته، أو قَضَاء قضيته، أو سَائِل أعطيته... - الحديث؛ وفيه:- أن ترزقني اَلْقُرْآن والعلم...، الحديث. [فر، ((الضعيفة)) (5987)].
(Palsu) Daripada Harun bin 'Antarah, katanya: Sesungguhnya Abu Bakar telah datang menemui Nabi SAW, lalu beliau mengadu: Sesungguhnya aku telah mempelajari al-Qur'an namun ia luput daripadaku. Baginda pun bersabda: Ucapkanlah: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dengan Muhammad Nabi-Mu, Ibrahim Khalil-Mu, Musa yang diselamatkan-Mu, Isa Ruh-Mu dan kalimah-Mu, dengan Kitab Musa, Injil Isa, Zabur Dawud, Furqan Muhammad serta dengan setiap wahyu yang telah Engkau wahyukan atau setiap keputusan yang telah Engkau putuskan mahupun setiap permintaan yang telah Engkau berikan.... (di dalamnya menyebutkan): Agar Engkau rezekikan kepadaku al-Quran dan ilmu... [Riwayat al-Daylami dalam al-Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5987].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman