Engkau ialah saudaraku dan sahabatku

TEKS BAHASA ARAB

أنت أخي وصاحبي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Engkau ialah saudaraku dan sahabatku; iaitu ‘Ali.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1861, hadis nombor 9391. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أنت أخي وصاحبي)). يعني: عليا. [ابن عبدالبر في ((الاستيعاب))، ابن عساكر، ((الضعيفة) (4941)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Engkau ialah saudaraku dan sahabatku; (iaitu ‘Ali)." [Riwayat Ibn Abd al-Barr dalam al-Isti’aab dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4941]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.