Engkau ialah sahabatku di dalam telaga, engkau ialah sahabatku di dalam gua

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أنت صاحبي على الحوض، وصاحبي في الغار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Engkau ialah sahabatku di dalam telaga, engkau ialah sahabatku di dalam gua.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1819, hadis nombor 9168. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي بكر: ((أنت صاحبي على الحوض، وصاحبي في الغار)). [ت، ((الضعيفة)) (2956)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda kepada Abū Bakar: Engkau ialah sahabatku di dalam telaga, engkau ialah sahabatku di dalam gua. [Riwayat al-Tirmidhī dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2956]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.