Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنتَ صاحبي على الحوضِ، وصاحِبي في الغارِ.
Teks Bahasa Melayu
Engkau ialah sahabatku di dalam telaga, engkau ialah sahabatku di dalam gua.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1819, hadis no. 9168. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي بكر: ((أنت صاحبي على الحوض، وصاحبي في الغار)). [ت، ((الضعيفة)) (2956)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda kepada Abū Bakar: Engkau ialah sahabatku di dalam telaga, engkau ialah sahabatku di dalam gua. [Riwayat al-Tirmidhī dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2956]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman