Engkau bergelak ketawa

TEKS BAHASA ARAB

تضحك، ولعل أكفانك قد خرجت من عند القصار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Engkau bergelak ketawa, dan barangkali kain kafanmu telah keluar dari sisi tukang gunting.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 28, hadis nombor 93. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أورده أبو نعيم عن عبد الله بن ثعلبة الحنفي من قوله.

Abu Nu’aim telah membawakannya daripada ‘Abdillah bin Tha’labah al-Hanafi melalui kata-kata beliau.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs