Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تضحك، ولعل أكفانك قد خرجت من عند القصار.
Teks Bahasa Melayu
Engkau bergelak ketawa, dan barangkali kain kafanmu telah keluar dari sisi tukang gunting.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 28, hadis no. 93. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
أورده أبو نعيم عن عبد الله بن ثعلبة الحنفي من قوله.
Abu Nu'aim telah membawakannya daripada 'Abdillah bin Tha'labah al-Hanafi melalui kata-kata beliau.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman