Engkau akan dapati seorang yang beriman akan bersungguh pada apa yang dia mampu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تجد المؤمن يجتهد فيما يطيق، متلهفا على ما لا يطيق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Engkau akan dapati seorang yang beriman akan bersungguh pada apa yang dia mampu, bersedih pada apa yang dia tidak mampu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1997, hadis nombor 10010. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبيد بن عمير، قال: قال رسول اللہ ﷺ: «تجد المؤمن يجتهد فيما يطيق، متلهفا على ما لا يطيق».
[أحمد في «الزهد»، «الضعيفة» (2119)].

(Lemah)
Daripada Ubaid bin Umair, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Engkau akan dapati seorang yang beriman akan bersungguh pada apa yang dia mampu, bersedih pada apa yang dia tidak mampu”.
[Riwayat Ahmad dalam “Az-Zuhd”. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2119].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.