Engkau adalah anak ayahmu yang paling tua maka laksanakanlah ibadah haji untuknya

TEKS BAHASA ARAB

أنت أكبر ولد أبيك فحج عنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Engkau adalah anak ayahmu yang paling tua maka laksanakanlah ibadah haji untuknya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 738, hadis nombor 3770. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن الزبير – رضي الله عنه – أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال لرجل: ((أنت أكبر ولد أبيك فحج عنه)). [ن، الدارمي، حم، ((الضعيفة)) (2954)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin al-Zubair RA bahawa Nabi SAW berkata kepada seorang lelaki: Engkau adalah anak ayahmu yang paling tua maka laksanakanlah ibadah haji untuknya.
[Riwayat al-Nasa’ī dalam Sunannya, al-Darimi, Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2954]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs