Enam perkara yang termasuk dalam kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

ست خصال من الخير: جهاد أعداء الله بالسيف، والصوم في يوم صيف، وحسن الصبر عند المصيبة، وترك المراء وإن كنت محقا، وتبكير (الأصل: تذكر) الصلاة في يوم الغيم، وحسن الوضوء في أيام الشتاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Enam perkara yang termasuk dalam kebaikan: berjihad terhadap musuh-musuh Allah dengan menggunakan pedang, berpuasa pada hari yang panas, bersabar dengan sebaiknya ketika ditimpa musibah, meninggalkan debat sekalipun kamu orang yang benar, bersegera (pada teks asal : kamu mengingati) solat pada hari yang gelap, serta berwuduk dengan baik pada hari-hari di musim sejuk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 282, hadis nombor 1471. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ست خصال من الخير: جهاد أعداء الله بالسيف، والصوم في يوم صيف، وحسن الصبر عند المصيبة، وترك المراء وإن كنت محقا، وتبكير (الأصل: تذكر) الصلاة في يوم الغيم، وحسن الوضوء في أيام الشتاء)).
[الهروي في ((ذم الكلام))، فر، ((الضعيفة)) (3692)]

(Lemah) Daripada Abi Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Enam perkara yang termasuk dalam kebaikan: berjihad terhadap musuh-musuh Allah dengan menggunakan pedang, berpuasa pada hari yang panas, bersabar dengan sebaiknya ketika ditimpa musibah, meninggalkan debat sekalipun kamu orang yang benar, bersegera (pada teks asal : kamu mengingati) solat pada hari yang gelap, serta berwuduk dengan baik pada hari-hari di musim sejuk.
[Riwayat al-Harawi dalam Dzam al-Kalam dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3692]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs