Enam perkara yang menyebabkan lupa

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ست خصال تورث النسيان: سؤر الفأر، وإلقاء القمل في النار، والبول في الماء الراكد، ومضغ العلك، وأكل التفاح الحامض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Enam perkara yang menyebabkan lupa; meminum sisa minuman tikus, melempar kutu ke dalam api , kencing ke atas air yang bertakung, mengunyah ubat, dan memakan epal masam.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 96, hadis nombor 245. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن قيم الجوزية: باطل.

Ibn al-Qayyim berkata: Batil

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs