Enam perkara yang menjaminkan syurga

TEKS BAHASA ARAB

اضمنوا لي ست خصال أضمن لكم الجنة، قالوا: وما لهن يا رسول الله ؟! قال: لا تظلموا عند قسمة مواريثكم، وأنصفوا الناس من أنفسكم، ولا تجبنوا عند قتال عدوكم، ولا تغلوا غنائمكم، وامنعوا ظالمكم من مظلومكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berilah jaminan kepadaku enam perkara, aku jaminkan syurga buat kamu. Mereka berkata: Apakah enam perkara tersebut wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Janganlah engkau berbuat zalim dalam pembahagian harta warisan. Berilah keadilan kepada manusia sama rata daripada diri kamu, janganlah kamu merasa takut (menjadi pengecut) ketika memerangi musuh kamu. Janganlah kamu mengkhianati dalam urusan harta rampasan perang. Halanglah orang yang zalim dalam kalangan kamu daripada berbuatan zalim ke atas orang yang dizalimi daripada kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 713, hadis nombor 3646. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: اضمنوا لي ست خصال أضمن لكم الجنة، قالوا: وما لهن يا رسول الله ؟! قال: لا تظلموا عند قسمة مواريثكم، وأنصفوا الناس من أنفسكم، ولا تجبنوا عند قتال عدوكم، ولا تغلوا غنائمكم، وامنعوا ظالمكم من مظلومكم.
[طب، ((الضعيفة)) (7019)].

(Lemah)
Daripada Abi Umamah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Berilah jaminan kepadaku enam perkara, aku jaminkan syurga buat kamu. Mereka berkata: Apakah enam perkara tersebut wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Janganlah engkau berbuat zalim dalam pembahagian harta warisan. Berilah keadilan kepada manusia sama rata daripada diri kamu, janganlah kamu merasa takut (menjadi pengecut) ketika memerangi musuh kamu. Janganlah kamu mengkhianati dalam urusan harta rampasan perang. Halanglah orang yang zalim dalam kalangan kamu daripada berbuatan zalim ke atas orang yang dizalimi daripada kamu.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Sislialh al-Da’ifah, no. 7019].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs