Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اضمَنوا لي سِتَّ خِصالٍ: أَضْمَنْ لكُمُ الجَنَّةَ، قالوا: وما هُنَّ يا رسولَ اللهِ؟! قال: لا تَظلِموا عِندَ قِسمةِ مَواريثِكُم، وأَنصِفوا النَّاسَ مِن أَنفُسِكُم، ولا تَجبُنوا عِندَ قِتالِ عَدوِّكُم، ولا تَغُلُّوا غَنائِمَكُم، وامنَعوا ظالِمَكُم مِن مَظلومِكُم.
Teks Bahasa Melayu
Berilah jaminan kepadaku enam perkara, aku jaminkan syurga buat kamu. Mereka berkata: Apakah enam perkara tersebut wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Janganlah engkau berbuat zalim dalam pembahagian harta warisan. Berilah keadilan kepada manusia sama rata daripada diri kamu, janganlah kamu merasa takut (menjadi pengecut) ketika memerangi musuh kamu. Janganlah kamu mengkhianati dalam urusan harta rampasan perang. Halanglah orang yang zalim dalam kalangan kamu daripada berbuatan zalim ke atas orang yang dizalimi daripada kamu.
Sahabat Perawi
- Abi Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 713, hadis no. 3646. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: اضمنوا لي ست خصال أضمن لكم الجنة، قالوا: وما لهن يا رسول الله ؟! قال: لا تظلموا عند قسمة مواريثكم، وأنصفوا الناس من أنفسكم، ولا تجبنوا عند قتال عدوكم، ولا تغلوا غنائمكم، وامنعوا ظالمكم من مظلومكم. [طب، ((الضعيفة)) (7019)].
(Lemah) Daripada Abi Umamah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Berilah jaminan kepadaku enam perkara, aku jaminkan syurga buat kamu. Mereka berkata: Apakah enam perkara tersebut wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Janganlah engkau berbuat zalim dalam pembahagian harta warisan. Berilah keadilan kepada manusia sama rata daripada diri kamu, janganlah kamu merasa takut (menjadi pengecut) ketika memerangi musuh kamu. Janganlah kamu mengkhianati dalam urusan harta rampasan perang. Halanglah orang yang zalim dalam kalangan kamu daripada berbuatan zalim ke atas orang yang dizalimi daripada kamu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Sislialh al-Da’ifah, no. 7019].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman