Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Enam perkara yang menghapuskan amalan

Teks Bahasa Arab

ستَّةُ أشياءَ تحبِطُ الأعمالَ: الاشتِغالُ بعيوبِ الخلقِ وقَسوةُ القَلبِ وحبُّ الدُّنيا وقلَّةُ الحياءِ وطولُ الأمَلِ وظالِم لا ينتَهي.

Teks Bahasa Melayu

Enam perkara yang menghapuskan amalan: Menyibukkan diri dengan aib makhluk, hati yang keras, mencintai dunia, sedikit sifat malu, panjang angan-angan, serta orang zalim yang tidak berhenti.

Sahabat Perawi

  1. ‘Adi bin Hatim RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 66, hadis no. 303. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عدي بن حاتم مرفوعاً: ((ستة أشياء تحبط الأعمال: الاشتغال بعيوب الخلق، وقسوة القلب، وحب الدنيا، وقلة الحياء، وطول الأمل، وظالم لا ينتهي)). [فر، ((الضعيفة)) (3694)]

(Palsu) Daripada ‘Adī ibn Ḥātim RA secara marfū‘: "Enam perkara yang menghapuskan amalan: Menyibukkan diri dengan aib makhluk, hati yang keras, mencintai dunia, sedikit sifat malu, panjang angan-angan, serta orang zalim yang tidak berhenti." [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad Al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3694).]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.