Enam perkara yang boleh menghapuskan amal kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

ستة أشياء تحبط الأعمال: الاشتغال بعيوب الخلق، وقسوة القلب، وحب الدنيا، وقلة الحياء، وطول الأمل، وظالم لا ينتهي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Enam perkara yang boleh menghapuskan amal kebaikan, iaitu: Menyibukkan diri dengan (mencari) aib manusia lain, keras hati, mencintai dunia, sedikitnya perasaan malu, banyak berangan, dan berterusan melakukan kezaliman.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 474, hadis nombor 2546. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عدي بن حاتم – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ستة أشياء تحبط الأعمال: الاشتغال بعيوب الخلق، وقسوة القلب، وحب الدنيا، وقلة الحياء، وطول الأمل، وظالم لا ينتهي)). [فر، ((الضعيفة)) (3694)]

(Palsu)
Daripada ‘Adi bin Hatim RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Enam perkara yang boleh menghapuskan amal kebaikan, iaitu: Menyibukkan diri dengan (mencari) aib manusia lain, keras hati, mencintai dunia, sedikitnya perasaan malu, banyak berangan, dan berterusan melakukan kezaliman.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3694]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs