Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Enam perkara termasuk harta yang haram

Teks Bahasa Arab

ستُّ خصالٍ منَ السُّحتِ: رِشوةُ الإمامِ؛ وَهيَ أخبَثُ ذلكَ كلِّهِ، وثمنُ الْكلبِ، وعَسبُ الفرسِ، ومَهرُ البغيِّ، وَكسبُ الحجَّامِ، وحُلوانُ الْكاهنِ.

Teks Bahasa Melayu

Enam perkara termasuk harta yang haram: Rasuah kepada pemimpin, ia adalah yang paling teruk, hasil jualan anjing, air mani kuda, upah pelacur, upah juru bekam dan juga upah ahli nujum.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 837-838, hadis no. 4292. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ست خصال من السحت: رشوة الإمام؛ وهي أخبث ذلك كله، وثمن الكلب، وعسب الفرس، ومهر البغي، وكسب الحجام، وحلوان الكاهن)). [فر، ((الضعيفة)) (3693)]

(Sangat Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Enam perkara termasuk harta yang haram: Rasuah kepada pemimpin, ia adalah yang paling teruk, hasil jualan anjing, air mani kuda, upah pelacur, upah juru bekam dan juga upah ahli nujum. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3693]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.