TEKS BAHASA ARAB
ست خصال من الخير: جهاد أعداء الله بالسيف، والصوم في يوم صيف، وحسن الصبر عند المصيبة، وترك المراء وإن كنت محقاً، وتبكير (الأصل: تذكر) الصلاة في يوم الغيم، وحسن الوضوء في أيام الشتاء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Enam perkara yang termasuk dalam kebaikan sebenar iaitu; Jihad melawan musuh-musuh Allah menggunakan pedang, puasa pada hari di musim panas, sabar dengan baik ketika ditimpa musibah, meninggalkan perdebatan sekalipun kamu di pihak yang benar, segera melakukan solat ketika hari mendung dan memperelokkan wuduk pada hari-hari di musim sejuk.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1267, hadis nombor 6476. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي مالك رضي الله عنه مرفوعا: ست خصال من الخير: جهاد أعداء الله بالسيف، والصوم في يوم صيف، وحسن الصبر عند المصيبة، وترك المراء وإن كنت محقاً، وتبكير (الأصل: تذكر) الصلاة في يوم الغيم، وحسن الوضوء في أيام الشتاء.
[الهروي في ((ذم الكلام))، ((الضعيفة)) (3692)]
(Lemah)
Daripada Abu Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Enam perkara yang termasuk dalam kebaikan sebenar iaitu; Jihad melawan musuh-musuh Allah menggunakan pedang, puasa pada hari di musim panas, sabar dengan baik ketika ditimpa musibah, meninggalkan perdebatan sekalipun kamu di pihak yang benar, segera melakukan solat ketika hari mendung dan memperelokkan wuduk pada hari-hari di musim sejuk.
[Riwayat al-Harawi dalam Zam al-Kalam. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3692]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.