Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ستُّ خصالٍ من الخير: جهادُ أعداءِ الله بالسيفِ، والصومُ في يومِ صَيْفٍ، وحُسْنُ الصَّبْرِ عند المصيبةِ، وتَرْكُ المراءِ وإن كنتَ مُحِقًا، وتبكيرِ (الأصل: تذكر) الصلاةِ في يَومِ الغَيْمِ، وحُسْنِ الوضوءِ في أيام الشتاء.
Teks Bahasa Melayu
Enam perkara termasuk dalam kebaikan: Jihad melawan musuh Allah dengan pedang (peperangan), berpuasa pada musim panas, bersabar ketika ditimpa musibah, meninggalkan perdebatan sekalipun dia berada dalam kebenaran, sentiasa solat awal waktu (asalnya: memperingati solat) ketika hari mendung, dan sebaik-baik wuduk adalah wuduk pada musim sejuk.
Sahabat Perawi
- Abu Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1140, hadis no. 5757. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي مالك رضي الله عنه مرفوعا: ست خصال من الخير: جهاد أعداء الله بالسيف والصوم في يوم صيف وحسن الصبر عند المصيبة وترك المراء وإن كنت محقا وتبكير (الأصل: تذكر) الصلاة في يوم الغيم وحسن الوضوء في أيام الشتاء. [الهروي في ذم الكلام، فر، الضعيفة (3692)]
(Lemah) Daripada Abu Malik RA, secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW) berkata: Enam perkara termasuk dalam kebaikan: Jihad melawan musuh Allah dengan pedang (peperangan), berpuasa pada musim panas, bersabar ketika ditimpa musibah, meninggalkan perdebatan sekalipun dia berada dalam kebenaran, sentiasa solat awal waktu (asal: memperingati solat) ketika hari mendung, dan sebaik-baik wuduk adalah wuduk pada musim sejuk. [Riwayat al-Harawi dalam Zam al-Kalam, al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 3692]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman