Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Enam perkara dari harta yang haram: Rasuah pemimpin itu yang paling buruk

Teks Bahasa Arab

ستُّ خصالٍ منَ السُّحتِ: رِشوةُ الإمامِ وَهيَ أخبَثُ ذلكَ كلِّهِ وثمنُ الْكلبِ وعَسبُ الفرسِ ومَهرُ البغيِّ وَكسبُ الحجَّامِ وحُلوانُ الْكاهنِ.

Teks Bahasa Melayu

Enam perkara yang merupakan harta yang haram: Rasuah pemimpin, itu yang paling buruk, hasil jualan anjing, air mani kuda, upah pelacur, upah tukang bekam dan upah bomoh.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 609, hadis no. 3164. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -مرفوعا: ((ست خصال من السحت: رشوة الإمام؛ وهي أخبث ذلك كله، وثمن الكلب، ‌وعسب ‌الفرس، ومهر البغي، وكسب الحجام، وحلوان الكاهن)). [فر، ((الضعيفة)) (3693)].

(Sangat lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Enam perkara yang merupakan harta yang haram: Rasuah pemimpin, itu yang paling buruk, hasil jualan anjing, air mani kuda, upah hasil pelacur, upah tukang bekam dan upah bomoh.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3693]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.