TEKS BAHASA ARAB
ست مجالس ما كان المسلم في مجلس منها إلا كان ضامنا على الله عز وجل: في سبيل الله عز وجل، وفى مسجد جماعة، أو عند مريض، أو تبع جنازة، أو في بيته، أو عند إمام مقسط يعزره ويوقره لله عز وجل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Enam majlis yang mana selama mana seorang muslim itu berada di dalamnya, maka dia akan mendapat penjagaan daripada Allah Azza wa Jalla: (berada) di medan jihad, di dalam masjid secara berjemaah, di sisi (menziarahi) orang sakit, mengiringi jenazah, berada di dalam rumahnya (jenazah), di sisi imam yang adil untuk memuliakan dan memberi penghormatan kepadanya kerana Allah Azza wa Jalla.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 276, hadis nombor 1433. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((ستة مجالس ما كان المسلم في مجلس منها إلا كان ضامنا على الله عز وجل: في سبيل الله عز وجل، وفي مسجد جماعة، أو عند مريض، أو تبع جنازة، أو في بيته، أو عند إمام مقسط يعزره ويوقره لله عز وجل)).
[عبد بن حميد، البزار، ((الضعيفة)) (3058)]
(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr ―raḍiyallāhu ‘anhuma― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Enam majlis yang mana selama mana seorang muslim itu berada di dalamnya, maka dia akan mendapat penjagaan daripada Allah Azza wa Jalla: (berada) di medan jihad, di dalam masjid secara berjemaah, di sisi (menziarahi) orang sakit, mengiringi jenazah, berada di dalam rumahnya (jenazah), di sisi imam yang adil untuk memuliakan dan memberi penghormatan kepadanya kerana Allah Azza wa Jalla.
[Riwayat ‘Abd bin Humayd, Al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3058]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.