Daif

30/06/2024

minit bacaan



Enam majlis yang mana selama mana seorang muslim itu berada di dalamnya, maka dia akan mendapat penjagaan daripada Allah Azza wa Jalla

Teks Bahasa Arab

ستُّ مجالسَ ما كان المسلمُ في مجلسٍ منها إلا كان ضامنًا على اللهِ عز وجل: في سبيلِ اللهِ عز وجل، وفى مسجدِ جماعةٍ، أو عندَ مريضٍ، أو تَبِع جنازةً، أو في بيتهِ، أو عندَ إمامٍ مُقسطٍ يعزِّرُهُ ويوقِرُهُ للهِ عز وجل.

Teks Bahasa Melayu

Enam majlis yang mana selama mana seorang muslim itu berada di dalamnya, maka dia akan mendapat penjagaan daripada Allah Azza wa Jalla: (berada) di medan jihad, di dalam masjid secara berjemaah, di sisi (menziarahi) orang sakit, mengiringi jenazah, berada di dalam rumahnya (jenazah), di sisi imam yang adil untuk memuliakan dan memberi penghormatan kepadanya kerana Allah Azza wa Jalla.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 276, hadis no. 1433. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((ستة مجالس ما كان المسلم في مجلس منها إلا كان ضامنا على الله عز وجل: في سبيل الله عز وجل، وفي مسجد جماعة، أو عند مريض، أو تبع جنازة، أو في بيته، أو عند إمام مقسط يعزره ويوقره لله عز وجل)). [عبد بن حميد، البزار، ((الضعيفة)) (3058)]

(Daif) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr ―raḍiyallāhu ‘anhuma― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Enam majlis yang mana selama mana seorang muslim itu berada di dalamnya, maka dia akan mendapat penjagaan daripada Allah Azza wa Jalla: (berada) di medan jihad, di dalam masjid secara berjemaah, di sisi (menziarahi) orang sakit, mengiringi jenazah, berada di dalam rumahnya (jenazah), di sisi imam yang adil untuk memuliakan dan memberi penghormatan kepadanya kerana Allah Azza wa Jalla. [Riwayat ‘Abd bin Humayd, Al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3058]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.