Enam ciri-ciri kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

ست خصال من الخير: جهاد أعداء الله بالسيف والصوم في يوم صيف وحسن الصبر عند المصيبة وترك المراء وإن كنت محقاً وتبكير (الأصل: تذكر) الصلاة في يوم الغيم وحسن الوضوء في أيام الشتاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Enam ciri-ciri kebaikan: Berjihad menentang musuh Allah dengan pedang, berpuasa pada musim panas, bersabar apabila ditimpa musibah, meninggalkan berdebat dengan)seseorang sekalipun engkau berada di pihak yang benar, awal (asalnya mengingati) solat pada hari yang mendung dan menyempurnakan wuduk pada musim sejuk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 994, hadis nombor 5122. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مالك رضي الله عنه مرفوعا: ست خصال من الخير: جهاد أعداء الله بالسيف والصوم في يوم صيف وحسن الصبر عند المصيبة وترك المراء وإن كنت محقاً وتبكير (الأصل: تذكر) الصلاة في يوم الغيم وحسن الوضوء في أيام الشتاء. [الهروي في ذم الكلام، فر، الضعيفة (3692)].

(Lemah) Daripada Abu Malik RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Enam ciri-ciri kebaikan: Berjihad menentang musuh Allah dengan pedang, berpuasa pada musim panas, bersabar apabila ditimpa musibah, meninggalkan berdebat dengan)seseorang sekalipun engkau berada di pihak yang benar, awal (asalnya mengingati) solat pada hari yang mendung dan menyempurnakan wuduk pada musim sejuk. [Riwayat al-Harawi dalam Zam al-Kalam dan al-Firdausi oleh al-Dailami. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3692].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs