Enam bentuk kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

ست خصال من الخير: جهاد أعداء الله بالسيف، والصوم في يوم صيف، وحسن الصبر عند المصيبة، وترك المراء وإن كنت محقاً، وتبكير (الأصل: تذكر) الصلاة في يوم الغيم، وحسن الوضوء في أيام الشتاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Enam bentuk kebaikan, iaitu: Berjihad melawan musuh Allah dengan pedang, berpuasa pada musim panas, bersabar ketika dilanda musibah, meninggalkan hujah walaupun kamu berada dipihak yang benar, menunaikan solat di awal waktu pada hari mendung, dan berwuduk dengan sempurna pada musim sejuk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 474, hadis nombor 2545. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ست خصال من الخير: جهاد أعداء الله بالسيف، والصوم في يوم صيف، وحسن الصبر عند المصيبة، وترك المراء وإن كنت محقاً، وتبكير (الأصل: تذكر) الصلاة في يوم الغيم، وحسن الوضوء في أيام الشتاء)). [الهروي في ((ذم الكلام))، فر، ((الضعيفة)) (3692)]

(Lemah)
Daripada Abu Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Enam bentuk kebaikan, iaitu: Berjihad melawan musuh Allah dengan pedang, berpuasa pada musim panas, bersabar ketika dilanda musibah, meninggalkan hujah walaupun kamu berada dipihak yang benar, menunaikan solat di awal waktu pada hari mendung, dan berwuduk dengan sempurna pada musim sejuk.
[Riwayat al-Harawi dalam Zammul Kalam, al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3692]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs