Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ستُّ خصالٍ منَ الخيرِ: جِهادُ أعداءِ الله بالسَّيفِ، والصَّومُ في يومِ صيفٍ، وحسنُ الصَّبرِ عندَ المصيبةِ، وترْكُ المراءِ وإن كنتَ محقًّا وتبْكيرُ (الأصل تذكُّرُ) الصَّلاةِ في يومِ الغيمِ، وحُسنُ الوضوءِ في أيَّامِ الشِّتاءِ.
Teks Bahasa Melayu
Enam bahagian kebaikan adalah: Berjihad berhadapan dengan musuh Allah menggunakan pedang, puasa pada hari musim panas, sabar bersungguh-sungguh ketika ditimpa musibah (sabar mulai dari permulaan musibah), meninggalkan perdebatan walaupun kebenaran di pihak kamu, solat awal pada hari yang mendung (setelah mengetahui telah masuk waktu) dan berwudhu’ dengan baik (walaupun) pada musim sejuk.
Sahabat Perawi
- Abu Malik
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1737, hadis no. 8743. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ست خصال من الخير: جهاد أعداء الله بالسيف، والصوم في يوم صيف، وحسن الصبر عند المصيبة، وترك المراء وإن كنت محقاً، وتبكير (الأصل: تذكر) الصلاة في يوم الغيم، وحسن الوضوء في أيام الشتاء.)) [الهروي في ((ذم الكلام))، فر، ((الضعيفة)) (3692)].
(Lemah) Daripada Abu Malik RA secara marfu'-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Enam bahagian kebaikan adalah: Berjihad berhadapan dengan musuh Allah menggunakan pedang, puasa pada hari musim panas, sabar bersungguh-sungguh ketika ditimpa musibah (sabar mulai dari permulaan musibah), meninggalkan perdebatan walaupun kebenaran di pihak kamu, solat awal pada hari yang mendung (setelah mengetahui telah masuk waktu) dan berwudhu’ dengan baik (walaupun) pada musim sejuk.)) [Riwayat al-Harawi dalam Dzam al-Kalam dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3692].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman