Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Empat rakaat yang dilakukan sebelum solat fardhu Zuhur (setara) seperti solat empat rakaat selepas Isyak

Teks Bahasa Arab

أربعٌ قبلَ الظهرِ: كعدلهنَّ بعد العشاءِ، وأربعٌ بعدَ العشاءِ: كعَدلهنَّ من ليلةِ القدرِ.

Teks Bahasa Melayu

Empat rakaat yang dilakukan sebelum solat fardhu Zuhur (setara) seperti solat empat rakaat selepas Isyak, dan empat rakaat yang dilakukan selepas solat fardhu Isyak (setara) seperti solat empat rakaat di malam al-Qadr.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1136, hadis no. 5735. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أربع قبل الظهر كعدلهن بعد العشاء، وأربع بعد العشاء كعدلهن من ليلة القدر)). [طس، ((الضعيفة)) (2739، 5058)]

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Empat rakaat yang dilakukan sebelum solat fardhu Zuhur (setara) seperti solat empat rakaat selepas Isyak, dan empat rakaat yang dilakukan selepas solat fardhu Isyak (setara) seperti solat empat rakaat di malam al-Qadr." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2739, 5058]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.