Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أربعٌ قبلَ الظهرِ: كعدلهنَّ بعد العشاءِ، وأربعٌ بعدَ العشاءِ: كعَدلهنَّ من ليلةِ القدرِ.
Teks Bahasa Melayu
Empat rakaat sebelum Zohor ganjarannya adalah sama seperti empat rakaat sesudah Isya'. Dan empat rakaat sesudah Isya’ ganjarannya adalah sama seperti beribadah pada malam al-Qadr.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 263 - 264, hadis no. 1372. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أربع قبل الظهر كعدلهن بعد العشاء، وأربع بعد العشاء كعدلهن من ليلة القدر)). [طس، ((الضعيفة)) (2739) (5058)]
(Daif) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Empat rakaat sebelum Zohor ganjarannya adalah sama seperti empat rakaat sesudah Isya'. Dan empat rakaat sesudah Isya’ ganjarannya adalah sama seperti beribadah pada malam al-Qadr. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2739, 5058]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman