Empat puluh lelaki adalah satu umat dan tidaklah mereka yang empat puluh itu mendoakan dengan ikhlas buat si mayat melainkan Allah hadiahkannya

TEKS BAHASA ARAB

أربعون رجلاً أمة، ولم يخلص أربعون رجلاً في الدعاء لميتهم إلا وهبه الله لهم، وغفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat puluh lelaki adalah satu umat dan tidaklah mereka yang empat puluh itu mendoakan dengan ikhlas buat si mayat melainkan Allah hadiahkannya untuk mereka dan ampunkan dia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1732-1733, hadis nombor 8718. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا اللفظ) عن ابن مسعود: أنه كان إذا كان في جنازة ووضع السرير قبل أن يصلي عليه؛ استقبل الناس بوجهه ثم قال: يا أيها الناس! إنكم جئتم شفعاء لميتكم؛ فاشفعوا؛ فإني سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((أربعون رجلاً أمة، ولم يخلص أربعون رجلاً في الدعاء لميتهم إلا وهبه الله لهم، وغفر له)).

(Palsu dengan lafaz ini)
Daripada Ibn Mas’ud RA bahawa ketika dia bersama jenazah dan diletakkan katil sebelum dia melakukan solat ke atasnya, lalu dia menghadap orang ramai lalu berkata: Wahai manusia! Sesungguhnya kamu semua datang untuk memberi syafaat (bantuan) kepada mayat kalian, maka syafaatkanlah. Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW berkata: Empat puluh lelaki adalah satu umat dan tidaklah mereka yang empat puluh itu mendoakan dengan ikhlas buat si mayat melainkan Allah hadiahkannya untuk mereka dan ampunkan dia.
Riwayat al-Rafi’ie. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 3257].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs