Empat puluh akhlak yang mendorong manusia masuk syurga

TEKS BAHASA ARAB

أربعون خلقا يدخل الله بها الجنة، أرفعها منيحة الشاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat puluh akhlak yang Allah akan masukkan dengannya ke dalam syurga, yang paling tinggi adalah pemberian manfaat kambing (kepada orang ramai untuk tempoh tertentu).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 712, hadis nombor 3641. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: أربعون خلقا يدخل الله بها الجنة، أرفعها منيحة الشاة.
[طس، ((الضعيفة)) (7006)].

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: 40 akhlak yang Allah akan masukkan dengannya ke dalam syurga, yang paling tinggi adalah pemberian manfaat kambing (kepada orang ramai untuk tempoh tertentu).
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7006].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs